Saturday 16 October 2010

Laporan Kegiatan Tahunan Perniagaan Keluarga.

          
Laporan Kegiatan Tahunan Syarikat Automobil.

          Perniagaan keluarga seperti Syarikat Automobil ini dibentuk pada tahun 1995. Anggota-anggota pekerja dibawah syarikat automobil ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri  daripada pelajar lepasan diploma dan ijazah yang berkaitan dengan kursus automotif. Perniagaan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf penggunaan kenderaan jenis kereta yang semakin maju dan berkualiti. Selain itu, melalui perniagaan ini, kakitangan pekerja syarikat ini dapat bertukar-tukar pendapat tentang pengetahuan masing-masing dalam mereka cipta kenderaan yang lagi bermutu tanpa bergantung dengan teknologi dan perkembangan dari luar negara sahaja.


          Perniagaan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1995.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk kebajikan dan sumbangan. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah”Sesuai Untuk Semua". Sambutan yang diberikan terhadap kegiatan ini adalah sangat menggalakkan.Hal ini kerana, kegiatan ini berbentuk kebajikan kepada semua masyarakat. Semua orang boleh menikmati penggunaan kereta yang berkualiti dengan harga yang berpatutan dan bersesuaian dengan pendapatan mereka.


          Kami juga menganjurkan ceramah tentang penggunaan pelbagai jenis
kereta dengan betul. Ceramah ini disampaikan oleh Pengarah Syarikat Automobil yang juga mempunyai banyak ilmu pengetahuan tentang kereta. Selain itu, kami juga turut mengadakan aktiviti memberi barang percuma yang berkaitan dengan penjagaan kereta kepada individu-individu yang bertuah.Tujuan kami menggunakan kaedah ini adalah untuk menarik lagi minat masyarakat Malaysia supaya lebih berminat dengan kereta hasil buatan tempatan.


          Pada setiap penggal kami mengadakan promosi kereta buatan tempatan ini bagi menyedarkan masyarakat Malaysia akan kehebatan kereta hasil buatan Malaysia. Sebagai hasil kegiatan ini,kami banyak memperolehi sambutan daripada masyarakat setempat.Smbutannya sangat menggalakkan.


          Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan. Kami juga berterima kasih kepada Pengarah syarikat kami, Mohd Amirun Bin Che Man yang begitu banyak memberikan bimbingan dan kepercayaan kepada kami.


Disediakan oleh,                                                                 25 Januari 2001
     Hafizatul
_______________
(NOOR HAFIZATUL FARIHIN BT ABU BAKAR)
Setiausaha Syarikat,
Syarikat Automobil Sdn.Bhd

Thursday 30 September 2010

PRAKATA

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
            Dengan penuh rasa kesedaran dan rasa kesyukuran kepada Allah Subhanahuwata'ala, dengan segala izin dan limpah kurniannya, akhirnya saya dapat juga menyiapkan tugasan blog saya ini. Blog yang saya hasilkan ini bertujuan untuk mengetengahkan cara-cara bagaimana untuk memulakan serta menjalankan Perniagaan Keluarga ini.
            Pengurusan Perniagaan Keluarga ini sangat sesuai diketengahkan pada masa kini kerana masyarakat pada masa kini lebih cenderung dengan perniagaan sendiri. Dengan panduan yang cuba saya jelaskan disini dapat membantu mereka yang ingin cuba menjalankan perniagaan seperti ini.
            Melalui blog saya ini, panduannya sangat lengkap untuk diguna pakai. Mengajar satu demi persatu tentang cara mrmulakan Perniagaan Keluarga, Dijamin kepada mereka yang ingin mencuba perniagaan seperti ini tidak akan sia-sia jika disertakan semangat yang benar-benar mendalam. Oleh itu, saya menerima sebarang pandangan atau ulasan daripada pengunjung blog saya ini sekiranya ia bertujuan untuk membina dan menyokong lagi tentang tajuk blog saya ini.
Sekian, wassalam.  

Saturday 21 August 2010

Kata Alu-aluan

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
       Pemanis kata selamat datang
           Awal Bismillah pembuka bicara


Salam 1 Malaysia kepada pengunjung blog saya iaitu Pengurusan Perniagaan Keluarga dan selamat datang saya ucapkan.Topik blog yang cuba saya utarakan disini adalah Pengurusan Perniagaan Keluarga dimana ia dapat dijadikan panduan ataupun rujukan kepada kita semua tentang pengurusan perniagaan keluarga. Walau bagaimanapun, tajuk yang saya ketengahkan ini banyak memberi manfaat kepada kita semua, terutamanya kepada mereka yang sememangnya mempunyai rancangan untuk memulakan perniagaan keluarga.


Harapan saya kepada pengunjung blog saya ini adalah selepas saudara dan saudari habis menelaah topik blog yang saya cuba utarakan ini, sila lampirkan komen anda pada bahagian yang telah disediakan. Ini dapat membantu saya membaiki kelemahan saya saya dalam penulisan blog.Selain itu dapat membantu saya dalam mencapai markah yang sepatutnya kerana blog in merupakan assignment saya dalam subjek Bahasa Melayu Pengurusan.

Pengekalan Perniagaan Keluarga

Keinginan untuk menyelamatkan dan mengekalkan perniagaan keluarga merupakan faktor pendorong bagi kebanyakan pemimpin yang menguruskan perniagaan keluarga. Antara beberapa alasan mengapa perniagaan keluarga ini perlu dikekalkan adalah:
  1. Perniagaan dalam kawalan keluarga merupakan salah satu cara yang berkesan bagi melindungi kekayaan keluarga dan keselamatan jangka panjang.
  2. Perniagaan keluarga dapat dilihat sebagai mengekalkan khazanah warisan sesebuah keluarga dengan mempertahankan dan membina tradisi, mengetahui akar umbi dan sejarah serta nilai sentimental sesebuah keluarga.
Selain itu, antara alasan mengapa perniagaan keluarga perlu diteruskan oleh Ward (1987):
  1. Mengalihkan peluang kepada anak-anak.
Memberi peluang kebebasan, peluang untuk memilih cara hidup sendiri dan autonomi.Perniagaan keluarga merupakan satu platform bagi ahli keluarga untuk memajukan diri sendiri dan melahirkan krativiti dan inovasi.

    2.  Mengeratkan kerjasama keluarga.

Melalui penglibatan dalam perniagaan, membolehkan ahli-ahli keluarga untuk bekerjasama bersama-sama.Oleh yang demikian, hubungan antara ahli-ahli menjadi lebih erat, kerana mereka mempunyai masa untuk bersama-sama menjalankan perniagaan dan menikmati manfaat daripadanya.

    3.  Memastikan persaraan sendiri.

Melalui penggantian, pemilik boleh membuat perancangan untuk persaraan. 

    4.  Tempat sandaran keluarga.

Ahli-ahli keluarga boleh mendapatkan bantuan kewangan semasa mereka menghadapi kesulitan.Pada masa yang sama, perniagaan keluarga boleh dijadikan tempat latihan kepada ahli keluarga yang baru menghabiskan pengajian mereka sebelum berjaya mendapatkan pekerjaan lain yang sesuai.

    5.   Sumbangan untuk masyarakat.

Kebanyakan perniagaan keluarga boleh mewujudkan pekerjaan baru kepada masyarakat. Selain itu, keluarga yang memiliki perniagaan kebiasaannya akan melibatkan diri mereka dalam badan-badan amal, jawatankuasa masjid, persatuan ibu bapa dan guru dan mana-mana pertubuhan lain yang diwujudkan atas dasar kesejahteraan masyarakat.

Rujukan: Akta Francais 1998. Undang-undang Malaysia (Akta 590).Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

Friday 20 August 2010

Fasa-Fasa Dalam Pengurusan Penggantian.

Secara keseluruhannya terdapat empat fasa yang terlibat dalam proses pengurusan penggantian iaitu permulaan, pemilihan, pembelajaran,dan peralihan.
  1. Permulaan
Fasa ini merupakan fasa pengenalan kepada anak-anak untuk mempelajari mengenai perniagaan milik keluarga mereka. Fasa ini bermula sesudah lahirnya anak tersebut dan pada peringkat inilah peranan penting perlu dimainkan oleh ibu bapa mereka untuk mendidik mereka ke arah memberi gambaran yang baik tantang perniagaan.

    2.   Pemilihan
  • Mewujudkan satu peraturan yang tetap
Selalunya ahli keluarga yang membuat keputusan tentang pemilihan adalah berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan secara bersama.
  • Memilih calon yang terbaik
Dalam pendekatan yang lain, ahli keluarga boleh juga meminta bakal pengganti-pengganti ini melakukan  satu tugasan iaitu dengan melihat bagaiman mereka bekerjasama dalam memulakan satu perniagaan.Pemilik dan ahli lembaga pengarahlah yang akan menjadi panel penilai bagi tugasan tersebut.
  • Membangunkan pemimpin interim
Bagi sesetengah perniagaan keluarga, pemilihan calon bagi pengganti yang bukan ahli keluarga adalah satu penyelesaian sementara. Cara ini adalah terpakai dalam keadaan anak-anak yang masih muda untuk dilantik sebagai pemimpin.


  3.   Pembelajaran

Latihan dan pembelajaran merupakan proses yang penting dalam proses penggantian kerana pengganti perlu didedahkan kepada kemahiran yang diperlukan untuk memimpin syarikat dengan lebih berkesan. Antara latihan yang kebiasaanya dibuat penilaian termasuklah:
  • Proses membuat keputusan
  • Kemampuan memimpin
  • Orientasi risiko
  • Kemahiran interpersonal
  • Kebolehan menangani dan menghadapi tekanan.

   4.  Peralihan

Penyelidikan membuktikan peralihan akan berjalan dengan lancar jika sekiranya peralihan tersebut kena pada masanya, pengasas tidak lagi terlibat dalam urusan harian perniagaan, pengasas komited dengan perancangan penggantian yang telah ditetapkan dan pengasas telah menyampaikan segala tanggungjawab, polisi, objektif, dan strategi perniagaan kepada pewarisnya.
Rujukan: Barton, C.F (1993). Family Bussiness. Succession Planning, 176, 49.

Membangun Strategi Penggantian

Membangun strategi penggantian melibatkan beberapa perkara yang diperlukan diambil kira.Antaranya ialah:


  1. Memahami Aspek-aspek Kontekstual
  • Masa
  • Jenis Perniagaan
  • Kemampuan Pengurus
  • Wawasan Usahawan
  • Faktor Persekitaran
    2.   Mengenal Pasti Kualiti Pengganti


Pengganti perlu memiliki kualiti dan ciri-ciri yang terbaik seperti pengetahuan yang mencukupi mengenai perniagaan yang dijalankan, dan ini bergantung kepada situasi kerana ada kualiti yang lebih penting untuk satu-satu  situasi dan ada yang sebaliknya. Mereka juga perlu jujur, berkemampuan, sihat, bertenaga, bersemangat dan berkeyakinan.

    3.   Memahami Tekanan-tekanan yang Akan Mempengaruhi Pemilihan


Mendapatkan pengganti sebagaimana berasaskan ciri-ciri yang dikehendaki oleh pengasas adalah merupakan suatu yang sukar. Dalam membuat pemilihan ini pertimbangan-pertimbangan berikut perlu diambil kira:
  •  Isu keluarga dan budaya perniagaan
- Persekitaran perniagaan
- Tahap pembangunan perniagaan
- Norma dan tradisi perniagaan
-Budaya keluarga, kekuatan dan pengaruh
- Nilai dan motivasi pemilik
  • Keprihatinan pemilik
- Kesediaan pemilik melepaskan kuasa dan kepimpinan
-Memastikan keluarga berfungsi sebagai satu unit.
- Mendefinisikan peranan masa depan ahli keluarga dalam perniagaan
- Memastikan kepimpinan perniagaan keluarga yang kompeten
-Mengajar ahli keluarga dan bukan ahli keluarga mengenai peranan utama.
  • Keprihatinan ahli keluarga
- Pemegangan dan kehilangan kawalan ke atas aset keluarga.
- Mempunyai kawalan ke atas keputusan yang dibuat oleh kepimpinan perniagaan.
- Melindungi keprntigan apabila pemilikan diserahkan kepada ahli keluarga


   4.   Melaksanakan Pelan Penggantian


  • Mengenal pasti pengganti
Siapa yang boleh melaksanakan kerja dengan terbaik bagi memastikan kesinambungan dan perkembangan perniagaan keluarga?Persoalan ini harus dikenalpasti bagi melaksanakan pelan penggantian.

  • Mempersiapkan bakal pengganti
Dalam sesetengah perniagaan keluarga, pengasas akan memilih pengganti dan memastikan ia diketahui umum, usahawan tidak menyediakan satu latihan formal untuk membangunkan calon pengganti.
  • Setuju dengan pelan
Pelaksanaan penggantian yang efektif memerlukan perancangan. Dalam perniagaan keluarga yang besar, perancsangan biasanya dirancang menerusi mesyuarat yang diadakan secara berskala bagi memastikan peralihan kuasa dilakukan dengan licin dan mudah.

perancangan Pengambilalihan dan Pengurusan Penggantian

Perancangan pengambilalihan ialah proses dinamik yang menuntut pemilikan dan pengurusan bagi merancang perniagaan keluarga pada masa hadapan.Pengambilalihan perniagaan keluarga berlaku disebabkan oleh punca-punca berikut:

  1. Kematian ahli keluarga
Salah satu punca pengambilalihan perniagaan keluarga adalah disebabkan oleh kematian pemilik asal perniagaan. Oleh itu, ahli keluarga yang lain secara paksa atau sukarela hendaklah mengambil alih dan bertanggungjawab keatas perniagaan tersebut jika mereka ingin meneruskannya.

   2.    Bersara

Sesetengah ahli keluarga yang berumur telah memilih jalan untuk bersara daripada meneruskan pengurusan perniagaan keluarga tersebut. Oleh yang demikian, ahli keluarga yang lain terpaksalah mengambil alih perniagaan keluarga ini disebabkan pemiliknya sudah bersara.

   3.   Hampir bankrap

Dalam kegawatan ekonomi, terdapat banyak perniagaan terpaksa ditutup disebabkan ketiadaan sumber kewangan untuk menampung perniagaan mereka. Jika ahli keluarga yang lain mempunyai simpanan yang banyak maka mereka akan memberikan sumbangan mererka terhadap perniagaan tersebut. Sekiranya mereka melihat perniagaan tersebut mempunyai potensi untuk berkembangan pada masa akan datang akan menjangkakan ekonomi akan bertambah baik maka mereka akan mengambil alih perniagaan tersebut daripada pemilik asal.

   4.    Perniagaan Tradisi

Sesetengah pengambilalihan ini desebabkan perniagaan ini adalah perniagaan yang diwarisi secara turun-temurun daripada satu generasi ke satu generasi. Oleh itu, mereka akan cuba mengekalkan budaya ini supaya ianya akan dapat terus beroperasi.