Thursday 19 August 2010

Apa itu Perniagaan Keluarga?

Perniagaan keluarga didefinisikan sebagai pemegang majoriti pemilikan dan pengurusan oleh satu keluarga, yang mana dua atau lebih ahli keluarga pada masa yang sama terlibat secara langsung dalam perniagaan tersebut.

Aspek pemilikan, kawalan dan pengurusan sesebuah perniagaan keluarga dapat dibuktikan lagi di dalam penyelidikan yang dijalankan oleh London Business School yang mendefinisikan perniagaan keluarga sebbagai perniagaan yang mempunyai ciri-ciri berikut : 
  • Lebih daripada 50 peratus undian saham dimiliki oleh satu keluarga,
  • Satu kumpulan keluarga mengawal perniagaan tersebut
  • Bahagian penting dipegang dan dimiliki oleh pengurusan kanan perniagaan datang ddari keluarga yang sama.
Perniagaan keluarga merupakan perniagaan yang  mempunyai majoriti jawatannya dipegang oleh ahli-ahli dalam keluarga, dan kebiasannya pengasas dan pasangannya memegang majoriti ekuiti perniagaan dan anak-anak kaum kerabatnya memegang jawatan utama dalam tahap pengurusa syarikat.
Rujukan: Friedman, M.& Friedman, S. (1994). How to Run a Family Business? Cincinnati, OH:Betterway Books.

1 comment:

  1. Sy ingin bertya.adakah layak utk sbrg tuntutan bila setelah bekerja selama 7 ke 8 tahun tanpa sbrg potongan epf/socso dgn gaji 2000 ke 3000 utk sy dan isteri.sy sbgai mnantu mnguruskn cafe dr awal hr pertama mula meniaga.kini berdepan konflik keluarga dan thl isteri dan krluarganya yg menguruskan..kini terkontang kanting tanpa dpt apa2 iimbuhan dan tiada sbrg harta dpt dikumpul..rasa teraninaya

    ReplyDelete