Thursday 19 August 2010

Kategori Perniagaan Keluarga

Perniagaan keluarga boleh dikategorikan kepada beberapa jenis:

  1. Kawalan dan pengurusan oleh ahli keluarga
Dalam kategori ini keluargalah yang mengawal dari segi pemilikan dan pengurusan dan pengurusan perniagaan. Oleh itu, keluarga mempunyai pengaruh untuk membentuk gelagat dalam perniagaan keluarga tersebt.

    2.   Kawalan ahli keluarga tetapi diuruskan orang luar

Keluarga mengawal pemilikan perniagaan tetapi mengrekrut orang luar untuk menguruskan perniagaan keluarga tersebut. Dalam perniagaan keluarga jenis ini, keluarga hanya berminat untuk membentuk misi dan visi syarikat, memegang jawatan sebagai lembaga pengarah syarikat dan menerima keuntungan atau pulangan ke atas pemilikan mereka dalam perniagaan tersebut. Kaum keluarga tidak mahu secara langsung telibat dan tidak mahu menerima apa-apa tanggungjawab pun dalam perniagaan keluarga tersebut.  

     3.   Kawalan dan pengurusan oleh bukan ahli keluarga

Dalam kategori ini pula syarikat atau organisasi tidak mempunyai kaitan keluarga langsung di dalamnya. Walau bagaimanapun, semakin hari berlalu, pemilik berkemungkinan mempunyai anak yang sudah matang dan berminat untuk berkecimpung  dalam perniagaan tersebut, maka perniagaan tersebut akhirnya akan bertukar bentuk kepada perniagaan keluarga.

Hakikatnya, ada di kalangan pengasas perniagaan yang tidak mahu mengiktiraf dan mendefinisikan perniagaan mereka sebagai perniagaan keluarga. Ini adalah disebabkan pengasas takut label sebagai perniagaan keluarga akan mendorong nepotisme dan kurang profesional.

No comments:

Post a Comment