Saturday 21 August 2010

Pengekalan Perniagaan Keluarga

Keinginan untuk menyelamatkan dan mengekalkan perniagaan keluarga merupakan faktor pendorong bagi kebanyakan pemimpin yang menguruskan perniagaan keluarga. Antara beberapa alasan mengapa perniagaan keluarga ini perlu dikekalkan adalah:
  1. Perniagaan dalam kawalan keluarga merupakan salah satu cara yang berkesan bagi melindungi kekayaan keluarga dan keselamatan jangka panjang.
  2. Perniagaan keluarga dapat dilihat sebagai mengekalkan khazanah warisan sesebuah keluarga dengan mempertahankan dan membina tradisi, mengetahui akar umbi dan sejarah serta nilai sentimental sesebuah keluarga.
Selain itu, antara alasan mengapa perniagaan keluarga perlu diteruskan oleh Ward (1987):
  1. Mengalihkan peluang kepada anak-anak.
Memberi peluang kebebasan, peluang untuk memilih cara hidup sendiri dan autonomi.Perniagaan keluarga merupakan satu platform bagi ahli keluarga untuk memajukan diri sendiri dan melahirkan krativiti dan inovasi.

    2.  Mengeratkan kerjasama keluarga.

Melalui penglibatan dalam perniagaan, membolehkan ahli-ahli keluarga untuk bekerjasama bersama-sama.Oleh yang demikian, hubungan antara ahli-ahli menjadi lebih erat, kerana mereka mempunyai masa untuk bersama-sama menjalankan perniagaan dan menikmati manfaat daripadanya.

    3.  Memastikan persaraan sendiri.

Melalui penggantian, pemilik boleh membuat perancangan untuk persaraan. 

    4.  Tempat sandaran keluarga.

Ahli-ahli keluarga boleh mendapatkan bantuan kewangan semasa mereka menghadapi kesulitan.Pada masa yang sama, perniagaan keluarga boleh dijadikan tempat latihan kepada ahli keluarga yang baru menghabiskan pengajian mereka sebelum berjaya mendapatkan pekerjaan lain yang sesuai.

    5.   Sumbangan untuk masyarakat.

Kebanyakan perniagaan keluarga boleh mewujudkan pekerjaan baru kepada masyarakat. Selain itu, keluarga yang memiliki perniagaan kebiasaannya akan melibatkan diri mereka dalam badan-badan amal, jawatankuasa masjid, persatuan ibu bapa dan guru dan mana-mana pertubuhan lain yang diwujudkan atas dasar kesejahteraan masyarakat.

Rujukan: Akta Francais 1998. Undang-undang Malaysia (Akta 590).Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

No comments:

Post a Comment