Saturday 21 August 2010

Kata Alu-aluan

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
       Pemanis kata selamat datang
           Awal Bismillah pembuka bicara


Salam 1 Malaysia kepada pengunjung blog saya iaitu Pengurusan Perniagaan Keluarga dan selamat datang saya ucapkan.Topik blog yang cuba saya utarakan disini adalah Pengurusan Perniagaan Keluarga dimana ia dapat dijadikan panduan ataupun rujukan kepada kita semua tentang pengurusan perniagaan keluarga. Walau bagaimanapun, tajuk yang saya ketengahkan ini banyak memberi manfaat kepada kita semua, terutamanya kepada mereka yang sememangnya mempunyai rancangan untuk memulakan perniagaan keluarga.


Harapan saya kepada pengunjung blog saya ini adalah selepas saudara dan saudari habis menelaah topik blog yang saya cuba utarakan ini, sila lampirkan komen anda pada bahagian yang telah disediakan. Ini dapat membantu saya membaiki kelemahan saya saya dalam penulisan blog.Selain itu dapat membantu saya dalam mencapai markah yang sepatutnya kerana blog in merupakan assignment saya dalam subjek Bahasa Melayu Pengurusan.

Pengekalan Perniagaan Keluarga

Keinginan untuk menyelamatkan dan mengekalkan perniagaan keluarga merupakan faktor pendorong bagi kebanyakan pemimpin yang menguruskan perniagaan keluarga. Antara beberapa alasan mengapa perniagaan keluarga ini perlu dikekalkan adalah:
  1. Perniagaan dalam kawalan keluarga merupakan salah satu cara yang berkesan bagi melindungi kekayaan keluarga dan keselamatan jangka panjang.
  2. Perniagaan keluarga dapat dilihat sebagai mengekalkan khazanah warisan sesebuah keluarga dengan mempertahankan dan membina tradisi, mengetahui akar umbi dan sejarah serta nilai sentimental sesebuah keluarga.
Selain itu, antara alasan mengapa perniagaan keluarga perlu diteruskan oleh Ward (1987):
  1. Mengalihkan peluang kepada anak-anak.
Memberi peluang kebebasan, peluang untuk memilih cara hidup sendiri dan autonomi.Perniagaan keluarga merupakan satu platform bagi ahli keluarga untuk memajukan diri sendiri dan melahirkan krativiti dan inovasi.

    2.  Mengeratkan kerjasama keluarga.

Melalui penglibatan dalam perniagaan, membolehkan ahli-ahli keluarga untuk bekerjasama bersama-sama.Oleh yang demikian, hubungan antara ahli-ahli menjadi lebih erat, kerana mereka mempunyai masa untuk bersama-sama menjalankan perniagaan dan menikmati manfaat daripadanya.

    3.  Memastikan persaraan sendiri.

Melalui penggantian, pemilik boleh membuat perancangan untuk persaraan. 

    4.  Tempat sandaran keluarga.

Ahli-ahli keluarga boleh mendapatkan bantuan kewangan semasa mereka menghadapi kesulitan.Pada masa yang sama, perniagaan keluarga boleh dijadikan tempat latihan kepada ahli keluarga yang baru menghabiskan pengajian mereka sebelum berjaya mendapatkan pekerjaan lain yang sesuai.

    5.   Sumbangan untuk masyarakat.

Kebanyakan perniagaan keluarga boleh mewujudkan pekerjaan baru kepada masyarakat. Selain itu, keluarga yang memiliki perniagaan kebiasaannya akan melibatkan diri mereka dalam badan-badan amal, jawatankuasa masjid, persatuan ibu bapa dan guru dan mana-mana pertubuhan lain yang diwujudkan atas dasar kesejahteraan masyarakat.

Rujukan: Akta Francais 1998. Undang-undang Malaysia (Akta 590).Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

Friday 20 August 2010

Fasa-Fasa Dalam Pengurusan Penggantian.

Secara keseluruhannya terdapat empat fasa yang terlibat dalam proses pengurusan penggantian iaitu permulaan, pemilihan, pembelajaran,dan peralihan.
  1. Permulaan
Fasa ini merupakan fasa pengenalan kepada anak-anak untuk mempelajari mengenai perniagaan milik keluarga mereka. Fasa ini bermula sesudah lahirnya anak tersebut dan pada peringkat inilah peranan penting perlu dimainkan oleh ibu bapa mereka untuk mendidik mereka ke arah memberi gambaran yang baik tantang perniagaan.

    2.   Pemilihan
  • Mewujudkan satu peraturan yang tetap
Selalunya ahli keluarga yang membuat keputusan tentang pemilihan adalah berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan secara bersama.
  • Memilih calon yang terbaik
Dalam pendekatan yang lain, ahli keluarga boleh juga meminta bakal pengganti-pengganti ini melakukan  satu tugasan iaitu dengan melihat bagaiman mereka bekerjasama dalam memulakan satu perniagaan.Pemilik dan ahli lembaga pengarahlah yang akan menjadi panel penilai bagi tugasan tersebut.
  • Membangunkan pemimpin interim
Bagi sesetengah perniagaan keluarga, pemilihan calon bagi pengganti yang bukan ahli keluarga adalah satu penyelesaian sementara. Cara ini adalah terpakai dalam keadaan anak-anak yang masih muda untuk dilantik sebagai pemimpin.


  3.   Pembelajaran

Latihan dan pembelajaran merupakan proses yang penting dalam proses penggantian kerana pengganti perlu didedahkan kepada kemahiran yang diperlukan untuk memimpin syarikat dengan lebih berkesan. Antara latihan yang kebiasaanya dibuat penilaian termasuklah:
  • Proses membuat keputusan
  • Kemampuan memimpin
  • Orientasi risiko
  • Kemahiran interpersonal
  • Kebolehan menangani dan menghadapi tekanan.

   4.  Peralihan

Penyelidikan membuktikan peralihan akan berjalan dengan lancar jika sekiranya peralihan tersebut kena pada masanya, pengasas tidak lagi terlibat dalam urusan harian perniagaan, pengasas komited dengan perancangan penggantian yang telah ditetapkan dan pengasas telah menyampaikan segala tanggungjawab, polisi, objektif, dan strategi perniagaan kepada pewarisnya.
Rujukan: Barton, C.F (1993). Family Bussiness. Succession Planning, 176, 49.

Membangun Strategi Penggantian

Membangun strategi penggantian melibatkan beberapa perkara yang diperlukan diambil kira.Antaranya ialah:


  1. Memahami Aspek-aspek Kontekstual
  • Masa
  • Jenis Perniagaan
  • Kemampuan Pengurus
  • Wawasan Usahawan
  • Faktor Persekitaran
    2.   Mengenal Pasti Kualiti Pengganti


Pengganti perlu memiliki kualiti dan ciri-ciri yang terbaik seperti pengetahuan yang mencukupi mengenai perniagaan yang dijalankan, dan ini bergantung kepada situasi kerana ada kualiti yang lebih penting untuk satu-satu  situasi dan ada yang sebaliknya. Mereka juga perlu jujur, berkemampuan, sihat, bertenaga, bersemangat dan berkeyakinan.

    3.   Memahami Tekanan-tekanan yang Akan Mempengaruhi Pemilihan


Mendapatkan pengganti sebagaimana berasaskan ciri-ciri yang dikehendaki oleh pengasas adalah merupakan suatu yang sukar. Dalam membuat pemilihan ini pertimbangan-pertimbangan berikut perlu diambil kira:
  •  Isu keluarga dan budaya perniagaan
- Persekitaran perniagaan
- Tahap pembangunan perniagaan
- Norma dan tradisi perniagaan
-Budaya keluarga, kekuatan dan pengaruh
- Nilai dan motivasi pemilik
  • Keprihatinan pemilik
- Kesediaan pemilik melepaskan kuasa dan kepimpinan
-Memastikan keluarga berfungsi sebagai satu unit.
- Mendefinisikan peranan masa depan ahli keluarga dalam perniagaan
- Memastikan kepimpinan perniagaan keluarga yang kompeten
-Mengajar ahli keluarga dan bukan ahli keluarga mengenai peranan utama.
  • Keprihatinan ahli keluarga
- Pemegangan dan kehilangan kawalan ke atas aset keluarga.
- Mempunyai kawalan ke atas keputusan yang dibuat oleh kepimpinan perniagaan.
- Melindungi keprntigan apabila pemilikan diserahkan kepada ahli keluarga


   4.   Melaksanakan Pelan Penggantian


  • Mengenal pasti pengganti
Siapa yang boleh melaksanakan kerja dengan terbaik bagi memastikan kesinambungan dan perkembangan perniagaan keluarga?Persoalan ini harus dikenalpasti bagi melaksanakan pelan penggantian.

  • Mempersiapkan bakal pengganti
Dalam sesetengah perniagaan keluarga, pengasas akan memilih pengganti dan memastikan ia diketahui umum, usahawan tidak menyediakan satu latihan formal untuk membangunkan calon pengganti.
  • Setuju dengan pelan
Pelaksanaan penggantian yang efektif memerlukan perancangan. Dalam perniagaan keluarga yang besar, perancsangan biasanya dirancang menerusi mesyuarat yang diadakan secara berskala bagi memastikan peralihan kuasa dilakukan dengan licin dan mudah.

perancangan Pengambilalihan dan Pengurusan Penggantian

Perancangan pengambilalihan ialah proses dinamik yang menuntut pemilikan dan pengurusan bagi merancang perniagaan keluarga pada masa hadapan.Pengambilalihan perniagaan keluarga berlaku disebabkan oleh punca-punca berikut:

  1. Kematian ahli keluarga
Salah satu punca pengambilalihan perniagaan keluarga adalah disebabkan oleh kematian pemilik asal perniagaan. Oleh itu, ahli keluarga yang lain secara paksa atau sukarela hendaklah mengambil alih dan bertanggungjawab keatas perniagaan tersebut jika mereka ingin meneruskannya.

   2.    Bersara

Sesetengah ahli keluarga yang berumur telah memilih jalan untuk bersara daripada meneruskan pengurusan perniagaan keluarga tersebut. Oleh yang demikian, ahli keluarga yang lain terpaksalah mengambil alih perniagaan keluarga ini disebabkan pemiliknya sudah bersara.

   3.   Hampir bankrap

Dalam kegawatan ekonomi, terdapat banyak perniagaan terpaksa ditutup disebabkan ketiadaan sumber kewangan untuk menampung perniagaan mereka. Jika ahli keluarga yang lain mempunyai simpanan yang banyak maka mereka akan memberikan sumbangan mererka terhadap perniagaan tersebut. Sekiranya mereka melihat perniagaan tersebut mempunyai potensi untuk berkembangan pada masa akan datang akan menjangkakan ekonomi akan bertambah baik maka mereka akan mengambil alih perniagaan tersebut daripada pemilik asal.

   4.    Perniagaan Tradisi

Sesetengah pengambilalihan ini desebabkan perniagaan ini adalah perniagaan yang diwarisi secara turun-temurun daripada satu generasi ke satu generasi. Oleh itu, mereka akan cuba mengekalkan budaya ini supaya ianya akan dapat terus beroperasi.

Ciri-ciri Perniagaan Negatif

Manakala sistem perniagaan keluarga yang negatif pula memiliki ciri-ciri berikut:

  • Kemahiran komunikasi yang lemah dan keluarga tidak mampu menguruskan konflik
  • Tahap kepercayaan yang rendah antara ahli keluarga
  • Matlamat dan nilai keluarga yang tidak jelas
  • Pencapaian matlamat yang kabur dan tiada perancangan strategik.
  • Perniagaan kekurangan pakar yang mencukupi dan keluarga cuba untuk melakukan semua tugas.
  • Kurang memikirkan tentang isu penggantian.
  • Kurangnya kerjasama antara pekerja yang terdiri daripada keluarga dan bukan keluarga.
  • Tiada Lembaga Pengarah
  • Tiada pakar rujukan bagi tujuan nasihat dan bantuan sekiranya berhadapan dengan masalah.
  • Isu keluarga yang bercampur aduk dengan isu perniagaan dan sebaliknya.
  • Batasan yang tidak jelas antara perniagaan dan keluarga

Ciri-ciri Perniagaan Keluarga yang Positif

Sesebuah perniagaan keluarga yang mempunyai ciri-ciri positif tidak akan dibelenggu dengan masalah keluarga. Ia memiliki individu yang saling percaya-mempercayai antara satu sama lain serta percaya masa hadapan syarikat dan berkeupayaan untuk sama-sama menggunakan kebolehan dan pengetahuan yang dimiliki.

Ciri-ciri positif dalam sistem perniagaan keluarga yang baik boleh dibahagikan kepada kategori berikut:
  1. Fungsi Kekeluargaan
  • Individu  yang mampu menguruskan diri mereka sendiri dan perhubungan mereka dengan orang lain.
  • Keluarga yang berkeupayaan untuk menyelesaikan konflik dengan sokongan dan kepercayaan bersama.
  • Batasan antara perniagaan dan keluarga adalah bersesuaian dan perlu dihormati antara semua ahli keluarga
   2.    Pengurusan Perniagaan

  • Ilmu pengetahuan dibangunkan dan dikongsi bersama.
  • Pembuatan keputusan berdasarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.
  • Pembelajaran organisasi yang membangunkan kompetensi baru dan gelagat yang efektif
  3.     Pembangunan Sistem Pengurusan dan Sistem Pemilikan

  • Misi dan matlamat yang jelas
  • Tedapat lembaga pengarah yang terdiri daripada orang luar.
  • Terdapat perancangan penggantian dan pertukaran pemilikan antara generasi
  4.     Keberkesanan Batasan di Dalam Sistem Perniagaan Keluarga

  • Perniagaan menunakan nilai keluarga dalam perancangan strategik.
  • Setiap sistem menggunakan matlamat dn nilai untuk melaksanakan kedua-dua sistem tersebut.
  • Ketelusan batasan atau sempadan dan memudahkan pertukaran maklumat antara sistem.

Sistem Perniagaan Keluarga

Sistem Perniagaan Keluarga terdiri daripada 3 bahagian yang berbeza dan saling bertindihan iaitu sistem perniagaan, sistem keluarga, dan sistem pemilikan atau kawalan.

  1. Sistem Perniagaan
Sistem perniagaan menggambarkan tentang misi dan srategi oganisasi. Ini temasuklah pelbagai bentuk elemen yang menyokong strategi perniagaan seperti struktur organisasi, sistem teknologi dan proses-proses tertentu yang membantu organisasi dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan.


    2.  Sistem Pemilikan atau Kawalan


Sistem pemilikan dan kawalan pula melibatkan bentuk perundangan seperti (mlikan tunggal, perkongsian, syarikat) pengagihan pemilikan, ahli lembaga pengarah atau mekanisme kawalan yang lain serta matlamat dan aspirasi pemilik dan pengurus kepada perniagaan yang dijalankan. 


    3.  Sistem Keluarga


Bahagian ketiga adalah sistem keluarga. Sistem ini melibatkan peranan keluarga di dalam perniagaan keluarga. Ianya meliputi bentuk budaya dan nilai yang dicorakkan sendiri oleh ahli keluarga, matlamat dan aspirasi ahli keluarga, peranan dan hubungan mereka dan corak komunikasi yang merupakan sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Selain itu, proses pembuatan keputusan, komunikasi dan pengurusan konflik juga merupakan  sebahagian daripada elemen utama sistem keluarga.
Rujukan: Ashadi Zain (2005). 66 Usahawan Malaysia. Petaling Jaya:PTS Publishing

Thursday 19 August 2010

Kategori Perniagaan Keluarga

Perniagaan keluarga boleh dikategorikan kepada beberapa jenis:

  1. Kawalan dan pengurusan oleh ahli keluarga
Dalam kategori ini keluargalah yang mengawal dari segi pemilikan dan pengurusan dan pengurusan perniagaan. Oleh itu, keluarga mempunyai pengaruh untuk membentuk gelagat dalam perniagaan keluarga tersebt.

    2.   Kawalan ahli keluarga tetapi diuruskan orang luar

Keluarga mengawal pemilikan perniagaan tetapi mengrekrut orang luar untuk menguruskan perniagaan keluarga tersebut. Dalam perniagaan keluarga jenis ini, keluarga hanya berminat untuk membentuk misi dan visi syarikat, memegang jawatan sebagai lembaga pengarah syarikat dan menerima keuntungan atau pulangan ke atas pemilikan mereka dalam perniagaan tersebut. Kaum keluarga tidak mahu secara langsung telibat dan tidak mahu menerima apa-apa tanggungjawab pun dalam perniagaan keluarga tersebut.  

     3.   Kawalan dan pengurusan oleh bukan ahli keluarga

Dalam kategori ini pula syarikat atau organisasi tidak mempunyai kaitan keluarga langsung di dalamnya. Walau bagaimanapun, semakin hari berlalu, pemilik berkemungkinan mempunyai anak yang sudah matang dan berminat untuk berkecimpung  dalam perniagaan tersebut, maka perniagaan tersebut akhirnya akan bertukar bentuk kepada perniagaan keluarga.

Hakikatnya, ada di kalangan pengasas perniagaan yang tidak mahu mengiktiraf dan mendefinisikan perniagaan mereka sebagai perniagaan keluarga. Ini adalah disebabkan pengasas takut label sebagai perniagaan keluarga akan mendorong nepotisme dan kurang profesional.

Ciri-ciri Perniagaan Keluarga Di Malaysia.

Kebanyakkan daripada perniagaan keluarga di Malaysia, iaitu sebanyak lima puluh sembilan peratus (59%) masih lagi diuruskan oleh pengasas, manakala tiga puluh peratus (30%) pula diuruskan oleh gerasi kedua yang rata-rata majoritinya terdiri daripada anak pengasas sendiri.

Jika dibuat perbandingan dengan perniagaan berskala besar dan sederhana, pernagaan berskala kecil masih lagi diuruskan oleh pengasas sendiri, iaitu sebanyak enam puluh lima peratus (65%)

Lima puluh lima peratus (55%) daripada perniagaan berskala kecil tersebut mempunyai pekerja kurang daripada lima puluh satu orang. Manakala tiga puluh lima peratus (35%) meupakan perniagaan keluarga berskala sederhana yang mempunyai pekerja antara 51-250 orang.Selebihnya, iaitu sebanyak sepuluh peratus (10%) lagi mempunyai lebih daripada 250 orang pekerja.

Aktiviti utama perniagaan keluarga ini adalah datang dari sektor  pembuatan, iaitu sebanyak tiga puluh lima peratus (35%), diikuti dengan sektor peruncitan, 29% dan pembinaan 10%.

Kajian juga menunjukkan bahawa sebanyak dua puluh satu peratus (21%) pemilik perniagaan mahu supaya anak mereka terlibat sama dalam perniagaan, manakala lima puluh dua peratus(52%) lagi pemilik berpendapat bahawa anak-anak patut melibatkan dri asalkan mereka berminat.

Dalam kebanyakkan perniagaan milik keluarga, pengasas biasanya dibantu dan disokong oleh adik beradik (45%) anak-anaknya (24%) dan  saudara maranya (14%). Daripada 24% itu, 46.5% adalah terdiri daripada anak yang pertama, 28.2% ialah  anak yang kedua, 13.7% anak yang ketiga dan 11.4% adalah anak yang keempat. 

Apa itu Perniagaan Keluarga?

Perniagaan keluarga didefinisikan sebagai pemegang majoriti pemilikan dan pengurusan oleh satu keluarga, yang mana dua atau lebih ahli keluarga pada masa yang sama terlibat secara langsung dalam perniagaan tersebut.

Aspek pemilikan, kawalan dan pengurusan sesebuah perniagaan keluarga dapat dibuktikan lagi di dalam penyelidikan yang dijalankan oleh London Business School yang mendefinisikan perniagaan keluarga sebbagai perniagaan yang mempunyai ciri-ciri berikut : 
  • Lebih daripada 50 peratus undian saham dimiliki oleh satu keluarga,
  • Satu kumpulan keluarga mengawal perniagaan tersebut
  • Bahagian penting dipegang dan dimiliki oleh pengurusan kanan perniagaan datang ddari keluarga yang sama.
Perniagaan keluarga merupakan perniagaan yang  mempunyai majoriti jawatannya dipegang oleh ahli-ahli dalam keluarga, dan kebiasannya pengasas dan pasangannya memegang majoriti ekuiti perniagaan dan anak-anak kaum kerabatnya memegang jawatan utama dalam tahap pengurusa syarikat.
Rujukan: Friedman, M.& Friedman, S. (1994). How to Run a Family Business? Cincinnati, OH:Betterway Books.