Saturday 16 October 2010

Laporan Kegiatan Tahunan Perniagaan Keluarga.

          
Laporan Kegiatan Tahunan Syarikat Automobil.

          Perniagaan keluarga seperti Syarikat Automobil ini dibentuk pada tahun 1995. Anggota-anggota pekerja dibawah syarikat automobil ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri  daripada pelajar lepasan diploma dan ijazah yang berkaitan dengan kursus automotif. Perniagaan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf penggunaan kenderaan jenis kereta yang semakin maju dan berkualiti. Selain itu, melalui perniagaan ini, kakitangan pekerja syarikat ini dapat bertukar-tukar pendapat tentang pengetahuan masing-masing dalam mereka cipta kenderaan yang lagi bermutu tanpa bergantung dengan teknologi dan perkembangan dari luar negara sahaja.


          Perniagaan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1995.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk kebajikan dan sumbangan. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah”Sesuai Untuk Semua". Sambutan yang diberikan terhadap kegiatan ini adalah sangat menggalakkan.Hal ini kerana, kegiatan ini berbentuk kebajikan kepada semua masyarakat. Semua orang boleh menikmati penggunaan kereta yang berkualiti dengan harga yang berpatutan dan bersesuaian dengan pendapatan mereka.


          Kami juga menganjurkan ceramah tentang penggunaan pelbagai jenis
kereta dengan betul. Ceramah ini disampaikan oleh Pengarah Syarikat Automobil yang juga mempunyai banyak ilmu pengetahuan tentang kereta. Selain itu, kami juga turut mengadakan aktiviti memberi barang percuma yang berkaitan dengan penjagaan kereta kepada individu-individu yang bertuah.Tujuan kami menggunakan kaedah ini adalah untuk menarik lagi minat masyarakat Malaysia supaya lebih berminat dengan kereta hasil buatan tempatan.


          Pada setiap penggal kami mengadakan promosi kereta buatan tempatan ini bagi menyedarkan masyarakat Malaysia akan kehebatan kereta hasil buatan Malaysia. Sebagai hasil kegiatan ini,kami banyak memperolehi sambutan daripada masyarakat setempat.Smbutannya sangat menggalakkan.


          Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan. Kami juga berterima kasih kepada Pengarah syarikat kami, Mohd Amirun Bin Che Man yang begitu banyak memberikan bimbingan dan kepercayaan kepada kami.


Disediakan oleh,                                                                 25 Januari 2001
     Hafizatul
_______________
(NOOR HAFIZATUL FARIHIN BT ABU BAKAR)
Setiausaha Syarikat,
Syarikat Automobil Sdn.Bhd